Sunday, December 30, 2012

DROPSHIP ?

APA ITU DROPSHIP?
Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
  1. Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
  2. Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
  3. Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
  4. Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?
Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:
  1. Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.
  2. Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu bekerja.
  3. Anda akan dapat menambah produk kami ke laman web / blog/ facebook anda. Kami akan beri LINK untuk mengimport semua produk kami sekali gus. Jadi anda tidak perlu copy dan paste satu persatu gambar di laman web yang pasti memenatkan dan memakan masa.
  4. Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA dan juga Luar Negara.

Dropship berfungsi sangat mudah:
  1. Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
  2. Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
  3. Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
  4. Anda mendapat keuntungan dengan mudah!

Contoh Mudah Nak Faham :

Katakan anda jual jubah. Anda jual pada harga RM119 + RM6(pos) = RM125 ( pembeli bayar kpd anda) .

Anda hanya perlu bayar kepada kami RM100 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM106.

Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM19. Itu baru sehelai.

Bayangkan jika anda hanya buat jualan 10 helai sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok.

Selain menjual secara runcit sehelai – sehelai anda juga diberi hak untuk menjual secara borong.

Katakan anda menjual blouse secara borong sebanyak 30 helai. Harga yang syarikat jual untuk borong 20 helai keatas adalah RM34 sehelai.

Katakan anda menjual semula kepada pelanggan anda secara borong dengan harga RM35 sehelai, dengan mudah anda mendapat komisen atau keuntungan sebanyak RM30!!! .

Jika anda jual pada harga RM36, anda akan mendapat keuntungan RM60 !!! Anda dengan mudah membuat keuntungan tanpa modal membeli, tanpa perlu menyimpan stok dan tanpa perlu menghantar stok.



# Aku nampak bisnes ni akan meletup untuk tahun 2013. Just amik tahu je. Mana tahu nak join lepas ni..

No comments:

Post a Comment