Wednesday, January 7, 2015

Adakah Kita Untung Bila Selesaikan Pinjaman Lebih Awal Dari Perjanjian Asal???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Arini, saya ingin berkongsi apa yang akan terjadi oleh seorang peminjam bank jika ingin menyelesaikan hutangnya kurang dari tempoh pinjaman. Senang katala, nak settle cepat hutang. Tak nak pening kepala dibebani hutang yg banyak. Ok, macam ni, contohnya kita membuat pinjaman sebanyak RM25000, kadar faedahnya sebanyak 5.75% setahun dan tempoh masa hutang perlu diselesaikan ialah 10 tahun(120 bulan). Kadar bayaran bulanan sebanyak RM329. Contohnya kita telah membayar hutang tersebut selama 40 bulan. Jadi jumlah bayaran selama 40 bulan ialah RM329X40=RM13160. Katakan pada bulan ke 41, kita ingin menyelesaikan kesemua hutang tersebut. Pihak bank ada menyatakan jika kita ingin menyelesaikan hutang tersebut awal dari tempoh matangnya, rebat akan diberiikan kepada kita. Jadi, berapakah rebat tersebut?Mesti ramai yang beranggapan rebat tersebut akan membantu kita mengurangkan jumlah baki yang hutang yang tertinggal. Anda sebenarnya salah...

Macamni, Jumlah bayaran yang telah dibayar=RM13160 (selama 40 bulan) Jumlah bayaran perlu dibayar selepas direbat bank=RM19850 (nilai ini diberi oleh pihak bank) Maka jumlah keseluruhan bayaran hutang kita=RM13160+RM19850=RM33010 Jadi kadar keuntungan bank=RM33010-RM25000=RM8010 Maka peratus keuntungan bank=RM8010/RM25000X100=32.04% (40 bulan) Peratus keuntungan asal mengikut perjanjian selama 10 tahun=5.75%X10=57.5% (120 bulan)

Cuba kita tengok, sepatutnya kita mengharapkan bank akan memberi rebat sekurang2nya 1/3 dari peratus keuntungan asal mengikut perjanjian iaitu sebanyak 57.5%/3=19.17% berdasarkan kepada tempoh pinjaman yang telah dibuat hanyalah 40 bulan iaitu hanya 1/3 dari tempoh asal perjanjian. Tetapi sebaliknya kita terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi lagi iaitu sebanyak 32.04%. Apa yang untungnya jika menjelaskan pinjaman kita awal dari tempohnya? Rugi lagi adalah.

Cuba kita kira balik berapakah nilai % kadar keuntungan bank tersebut jika kita selesaikan hutang tersebut, 32.04%/40X12=9.61% setahun, padahal kadar keuntungan asal =5.75%

Jadi sapa yang untung? Pemiutangla, bukannya Penghutang... Di sini kita perlu pikiaq dulu sebelum membuat hutang dari segi berapa jumlah sebenar duit yg kita nak pakai, tempoh pembayarannya & kadar faedah yang ditawarkan. Jangan percayala rebat2 ni. Memangla kalau dilihat dari segi jumlah keuntungan asal bank dikurangkan iaitu dari 57.5% menjadi 32.04%, tapi kalau dihitung dari segi tempoh pinjaman yang kita buat adalah singkat, sepatutnya nilai rebat tersebut mestilah berapatutan & menguntungkan kita.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda semua satu alternatif hutang yang baru iaitu pajak gadai Islam Ar-Rahnu. La ni dah ada beberapa koperasi & bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Tapi sebelum berurusan dengan pajak gadai Ar-Rahn ni, kita mestilah mempunyai emas. Emas2 tersebut terdiri dari barang2 kemas isteri, mak @ saudara-mara anda semua.

Mintakla dgn cara yg elok. Jangan pi ambik senyap2 & bawak p gadai plak. Tapi kalau sapa2 yang rasa2 nak beli emas PGold dgn saya pun boleh:)..Memang dialu-alukan. Lepas tu bawak p gadai. Kadar upahnya rendah saja. Contohnya Ar-Rahn BRakyat, kadar upah adalah sebanyak 4.5% sahaja bagi tempoh 6 bulan (9% setahun). Boleh tambah tempoh lagi selama 6 bulan jika tak berkemampuan nak tebus kembali emas yang digadai tersebut. Boleh bayar secara ansuran duit yang dipinjam serta upahnya, bukan macam pinjam bank. Kena bayar ikut perjanjian bulanan yg telah ditetapkan. Lagi tekanan..

Emas menjadi hak milik kita kembali jika kita selesai membayar hutang & upahnya. Kalau pinjaman bank, selesai saja hutang abis bayar, selesai jugakla duit yang dihutang, malahan ada yang selesai awal sebelum hutang abis dibayar lagi. Kecuali pandai2 selit2 dalam Tabung Haji, ASB @ pelaburan lain.

Kaedah hutang Ar-Rahn ini sesuai bagi penghutang yang ingin membuat hutang dlm jangkamasa yg singkat, contohnya peniaga2 yang mempunyai byk simpanan emas isterinya..haha. Nak tambah koleksi emas bleh hubungi saya.(iklan)..

Ini hanyalah sekadar ingin berkongsi, kiraan yg diberi mungkin ada ralatnya. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita hindarkan..Selamat beramal.


Sumber:
http://logamkaya.blogspot.com