Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Arini, saya ingin berkongsi apa yang akan terjadi
oleh seorang peminjam bank jika ingin menyelesaikan hutangnya kurang dari
tempoh pinjaman. Senang katala, nak settle cepat hutang. Tak nak pening kepala
dibebani hutang yg banyak. Ok, macam ni, contohnya kita membuat pinjaman
sebanyak RM25000, kadar faedahnya sebanyak 5.75% setahun dan tempoh masa hutang
perlu diselesaikan ialah 10 tahun(120 bulan). Kadar bayaran bulanan sebanyak
RM329. Contohnya kita telah membayar hutang tersebut selama 40 bulan. Jadi
jumlah bayaran selama 40 bulan ialah RM329X40=RM13160. Katakan pada bulan ke
41, kita ingin menyelesaikan kesemua hutang tersebut. Pihak bank ada menyatakan
jika kita ingin menyelesaikan hutang tersebut awal dari tempoh matangnya, rebat
akan diberiikan kepada kita. Jadi, berapakah rebat tersebut?Mesti ramai yang
beranggapan rebat tersebut akan membantu kita mengurangkan jumlah baki yang
hutang yang tertinggal. Anda sebenarnya salah...
Macamni, Jumlah bayaran yang telah dibayar=RM13160 (selama
40 bulan) Jumlah bayaran perlu dibayar selepas direbat bank=RM19850 (nilai ini
diberi oleh pihak bank) Maka jumlah keseluruhan bayaran hutang
kita=RM13160+RM19850=RM33010 Jadi kadar keuntungan bank=RM33010-RM25000=RM8010
Maka peratus keuntungan bank=RM8010/RM25000X100=32.04% (40 bulan) Peratus
keuntungan asal mengikut perjanjian selama 10 tahun=5.75%X10=57.5% (120 bulan)
Cuba kita tengok, sepatutnya kita mengharapkan bank akan
memberi rebat sekurang2nya 1/3 dari peratus keuntungan asal mengikut perjanjian
iaitu sebanyak 57.5%/3=19.17% berdasarkan kepada tempoh pinjaman yang telah
dibuat hanyalah 40 bulan iaitu hanya 1/3 dari tempoh asal perjanjian. Tetapi
sebaliknya kita terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi lagi iaitu
sebanyak 32.04%. Apa yang untungnya jika menjelaskan pinjaman kita awal dari
tempohnya? Rugi lagi adalah.
Cuba kita kira balik berapakah nilai % kadar keuntungan bank
tersebut jika kita selesaikan hutang tersebut, 32.04%/40X12=9.61% setahun,
padahal kadar keuntungan asal =5.75%
Jadi sapa yang untung? Pemiutangla, bukannya Penghutang...
Di sini kita perlu pikiaq dulu sebelum membuat hutang dari segi berapa jumlah
sebenar duit yg kita nak pakai, tempoh pembayarannya & kadar faedah yang
ditawarkan. Jangan percayala rebat2 ni. Memangla kalau dilihat dari segi jumlah
keuntungan asal bank dikurangkan iaitu dari 57.5% menjadi 32.04%, tapi kalau
dihitung dari segi tempoh pinjaman yang kita buat adalah singkat, sepatutnya
nilai rebat tersebut mestilah berapatutan & menguntungkan kita.
Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda semua satu
alternatif hutang yang baru iaitu pajak gadai Islam Ar-Rahnu. La ni dah ada
beberapa koperasi & bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Tapi sebelum
berurusan dengan pajak gadai Ar-Rahn ni, kita mestilah mempunyai emas. Emas2
tersebut terdiri dari barang2 kemas isteri, mak @ saudara-mara anda semua.
Mintakla dgn cara yg elok. Jangan pi ambik senyap2 &
bawak p gadai plak. Tapi kalau sapa2 yang rasa2 nak beli emas PGold dgn saya
pun boleh:)..Memang dialu-alukan. Lepas tu bawak p gadai. Kadar upahnya rendah
saja. Contohnya Ar-Rahn BRakyat, kadar upah adalah sebanyak 4.5% sahaja bagi
tempoh 6 bulan (9% setahun). Boleh tambah tempoh lagi selama 6 bulan jika tak
berkemampuan nak tebus kembali emas yang digadai tersebut. Boleh bayar secara
ansuran duit yang dipinjam serta upahnya, bukan macam pinjam bank. Kena bayar
ikut perjanjian bulanan yg telah ditetapkan. Lagi tekanan..
Emas menjadi hak milik kita kembali jika kita selesai
membayar hutang & upahnya. Kalau pinjaman bank, selesai saja hutang abis
bayar, selesai jugakla duit yang dihutang, malahan ada yang selesai awal
sebelum hutang abis dibayar lagi. Kecuali pandai2 selit2 dalam Tabung Haji, ASB
@ pelaburan lain.
Kaedah hutang Ar-Rahn ini sesuai bagi penghutang yang ingin
membuat hutang dlm jangkamasa yg singkat, contohnya peniaga2 yang mempunyai byk
simpanan emas isterinya..haha. Nak tambah koleksi emas bleh hubungi
saya.(iklan)..
Ini hanyalah sekadar ingin berkongsi, kiraan yg diberi
mungkin ada ralatnya. Yang baik kita amalkan, yang buruk kita
hindarkan..Selamat beramal.
Sumber:
http://logamkaya.blogspot.com